Penanjong Garison, JUMAAT, 18 Januari 2019 – Majlis Menandatangani Risalah Keselamatan BAF122 bagi bakal-bakal Rekrut Lelaki. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Pengambilan ke 164 ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh para ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut. Sebelum Majlis Menandatangani dijalankan, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat. Seterusnya sesi bacaan ikrar secara beramai-ramai dan menandatangani risalah Keselamatan BAF122 bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke 164 dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Seramai 227 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke 164 yang terdiri daripada 168 Rekrut TDDB, 30 Rekrut TLDB dan 29 Rekrut TUDB akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan yang dijangka berakhir pada sekitar bulan September 2019.
DSC 0224
DSC 0199