Institut Latihan ABDB, Penanjong Kem, 07 Oktober 2016 – Majlis Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-158 telah dijalankan bertempat di Dewan Hikmah, Institut Latihan ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Lelaki Pengambilan ke-158 ialah Yang Mulia Leftenen Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, Pemangku Komandan Institut Latihan ABDB. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh para ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut.

Sebelum majlis menandatangani dijalankan, sesi bacaan ikrar telah diadakan secara beramai-ramai. Majlis tersebut juga diteruskan dengan penyerahan bendera kepada ketua pengambilan genap, sebagai tanda perasmian Latihan Asas Ketentetaan pengambilan ke-158.