DEWAN NIKMAT, Penanjong Garison Isnin, 08 April 2019 – Sejurus selepas Upacara Perbarisan, Yang Mulia Komandan IL ABDB berserta Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah serta Kakitangan Awam yang bertugas di Institut Latihan ABDB beralih ke Dewan Nikmat bagi Majlis Makan Tengah Hari.Majlis Makan Tengah hari dimulakan dengan sesi pemotongan kek dan diikuti bacaan doa bagi memberkati majlis. Sejurus selesai menikmati jamuan, Yang Mulia Komandan sekali lagi mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan yang mana beliau menekankan kepentingan dalam memastikan asas ketenteraan untuk dilaksanakan dengan betul.
Pada majlis tersebut, seluruh anggota yang hadir berkesempatan untuk beramah mesra dan bergambar ramai bersama Yang Mulia Komandan IL ABDB.






