WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.11 AM.jpeg

PENANJONG GARISON – Rabu, 07 April 2021– Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Makan Tengahari dan Penyampaian Anugerah Cemerlang Sempena HUT IL ABDB Ke-52. Majlis tersebut diadakan di Dewan Nikmat, IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh 17816 LKpl Mohd Hadri bin Ismail diteruskan dengan acara pemotongkan kek HUT IL ABDB ke-52 diikuti dengan penyampaian Anugerah Cemerlang oleh Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB, selaku Tetamu Kehormat.
Sebanyak 10 Anugerah Cemerlang telah diberikan kepada anggota-anggota tentera dan awam yang telah dipilih oleh Badan Eksekutif IL ABDB. Anugerah Pegawai Waran Cemerlang telah diberikan kepada 11831 PW1 Norkamal bin Hj Mohd Salleh, Sarjan Mejar Garison, dari Markas Garison. Anugerah PTB Kanan Lelaki Cemerlang diberikan kepada 17933 Sjn Husrin bin Bujeh, Range Maintenance NCOs dari Pejabat Kawalan Padang Tembak. Anugerah PTB Kanan Wanita Cemerlang disandang oleh 21163 SSjn Hjh Maziah binti Hj Mantil, Jurulatih Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Anugerah Jurulatih Lelaki Cemerlang diberikan kepada 12708 PW1 Hj Rudy Eyan Radziddilah bin Bidin, Pegawai Waran Latihan, Cawangan Peperangan Latihan Hutan, Sekolah Infantri IL ABDB. Anugerah Jurulatih Wanita Cemerlang diberikan kepada 21238 PW2 Hjh Norhati binti Hj Brahim, Jurulatih Kanan, Cawangan  Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Anugerah Olahragawan Lelaki Cemerlang kepada 16795 Sjn Abdul Rahman bin Hj Bujang Ahmad, BIA Perumahan, Pejabat Perumahan, Markas Garison. Anugerah Olahragawati Wanita Cemerlang kepada 21166 PW1 Raimah binti Ismail, Jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, Pusat Evolusi IL ABDB. Anugerah Pekerja Awam Lelaki Cemerlang kepada Mohd Noorarmi bin Hj Mohd Alias, Penyelenggara Stor Tingkat II, Pusat Evolusi IL ABDB. Anugerah Pekerja Awam Wanita Cemerlang kepada Hjh Nor Khairul Bariah binti Hj Mohd Ghani, Pengurus Mes Tingkat II, Mes Pegawai Waran / Staff Sarjan / Sarjan Penanjong Garison. Akhir sekali, Anugerah Khas kepada Sekolah Rendah Binturan, Tutong Kluster V.
Majlis tersebut di akhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh 17816 LKpl Mohd Hadri bin Ismail JAMAAT ABDB diikuti dengan menandatangani Lembaran Kenangan.
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.10 AM.jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.11 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.12 AM.jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.12 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.12 AM (2).jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.13 AM.jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.13 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.14 AM.jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.14 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.41.15 AM.jpeg