
PENANJONG GARISON, SELASA, 23 JANUARI 2018- Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Dato Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah telah mengadakan lawatan perpisahan di Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Sejurus ketibaan di Markas Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin memeriksa kawalan kehormatan separuh yang diketuai oleh 1011 Kapt Mohd Asri bin Hj Awang Ahmad dan bergambar ramai bersama Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Komandan IL ABDB, Timbalan Komandan IL ABDB, Ketua Jurulatih IL ABDB, RSM IL ABDB dan DSM IL ABDB.
Yang Dimuliakan Pehin Pemerintah ABDB kemudian beredar ke Dewan Nikmah bagi Majlis beramah-mesra bersama ahli tetap Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Warga Awam IL ABDB termasuk Guru Besar Sekolah Rendah Penanjong Garison Pagi dan Petang. Majlis dimulakan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan ucapan penghargaan daripada Yang Mulia Komandan IL ABDB dan balasan ucapan daripada Yang Dimuliakan Pehin Pemerintah ABDB berunsurkan kata-kata semangat dan nasihat untuk semua Warga Tentera dan Awam IL ABDB.
Acara diteruskan dengan penyerahan cenderahati daripada Pegawai-Pegawai IL ABDB yang disampaikan oleh Yang Mulia Komandan IL ABDB, cenderahati daripada PTB Kanan yang disampaikan oleh Yang Mulia RSM IL ABDB dan cenderahati daripada Warga Awam IL ABDB yang disampaikan Yang Mulia Penolong Pentadbir Awam IL ABDB.
Seterusnya diikuti dengan menikmati jamuan dan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Komander Hj Ainolnizam bin Hj Ibrahim, Ketua JAMAAT ABDB. Majlis disusuli dengan Warga IL ABDB berziarah bersama dengan Yang Dimuliakan Pehin Pemerintah IL ABDB dan menandatangani Lembaran Kenangan. Majlis diakhiri dengan bergambar ramai dan Curry Lunch bersama Pegawai-Pegawai Penanjong Garison, Guru-Guru Awam IL ABDB dan Guru Besar Sekolah Rendah Penanjong Garison Pagi dan Petang.







