PUSAT PEMBANGUNAN BELIA, Rabu, 31 Ogos 2022 – Majlis Konvokesyen bagi Program Komuniti Kursus Pemandu Jentera Berat ABDB-PBB 2022 telah diadakan bertempat di Dewan Bina Diri, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Jalan Utama Tanah Jambu. Kursus ini, adalah satu insiatif pendekatan “Whole of Nation” pihak Pusat Pembangunan Belia (PPB) dan ABDB dalam sama-sama melatih belia-belia negara untuk mempunyai kemahiran dalam memandu Jentera Kelas 5 sejajar dengan keperluan pihak industri di pasaran Negara Brunei Darussalam. Kursus ini adalah pertama kali diadakan secara bersama.

Pengerusi bagi Majli Konvokesyen tersebut adalah Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh, Penolong Pengarah PPB. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB, Ketua Cawangan CLM SPT IL ABDB, Pen Ket Jurulatih IL ABDB, Ibubapa dan Para Jemputan.

Seramai Tujuh (07) orang ahli kursus daripada PPB telah berjaya mengikuti Kursus Pemandu Jentera Berat ABDB-PPB 2022. Kursus ini dikendalikan selama Empat (04) minggu bermula daripada 27 Januari 2022 hingga 24 Februari 2022. Kursus ini akan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.