
Majlis tersebut dipengerusikan oleh Kapten Muhammad Shahrimi bin Ahmad. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB kanan, PTB-PTB rendah Penanjong Garison.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah di ikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran, Takhtim serta Doa Khatam yang dibacakan oleh Surau Imam. Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban.
Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan salah satu aktiviti di bulan Ramadhan. Ianya bertujuan bagi memperbanyakkan amal ibadah dan sentiasa mengingat Allah S.W.T khususnya pada hari-hari terakhir di bulan ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan.

