1.pngSEKOLAH PERTUKANGAN TENTERA, Rabu, 12 April 2023 – Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena menyambut bulan Ramadhan bagi tahun 1444 Hijrah bertempat di Bilik Mesyuarat SPT IL ABDB, Penanjong Garison. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Cawangan, anggota-anggota SPT IL ABDB dan anggota JAMAAT Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar beramai-ramai dan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis. Majlis seterusnya disusuli dengan bacaan Takhtim dan Tahlil, laungan Dikir Marhaban berama-ramai, Selawat Tafrijiyyah dan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Rusaini bin Awang, Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai, bacaan Surah Al-Asr’, Tasbih Kaffarah dan Doa untuk kedua ibu bapa dan diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis dan anggota JAMAAT Surau Al-Hikmah.

Majlis Khatam Al-Quran ini adalah salah satu program yang diatur sempena menyambut bulan Ramadhan dan Majlis ini Insya Allah akan diadakan pada setiap tahun.

05.jpg06.jpg07.jpg08.jpg09.jpg10.jpg

SCHOOL OF MILITARY TRADE, Wednesday 12 April 2023 – School of Militray Trade held a Khatam Al-Quran ceremony in conjunction to celebrate the Holy Month of Ramadan 1444H at the School of Military Trade’s conference room, Penanjong Garrison.

Present as the Guest of Honor was Yang Mulia Lieutenant Colonel (Air) Pengiran Muhammd Farisan bin Pengiran Metassan, Commanding Officer of School of Military Trade. Also present were Head of Training Wings, School of Military Trade personnel and Surau Al-Hikmah JAMAAT personnel.

The Khatam Al-Quran ceremony commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by the Guest of Honor. The ceremony was followed by the recitation of Takhtim and Tahlil, Dikir Marhaban, Selawat Tafrijiyah and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam that was led by Ustaz Muhammad Rusaini bin Awang – Imam of Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.  The ceremony was ended by recitation of Selawat, Surah Al-Asr’, Tasbih Kaffarah and Doa Ibu Bapa as well as presentation of souvenirs for the Guest of Honour and Surau Al-Hikmah JAMAAT personnel.

The Khatam Al-Quran ceremony is one of the programs that will be organized yearly in conjunction with celebrating the Holy Month of Ramadan.