PENANJONG GARISON, Rabu 5 Februari 2020 – Majlis kenaikan pangkat PTB-PTB Kanan dan Rendah bagi anggota-anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah berlangsung di dua tempat berasingan. Majlis kenaikan pangkat PTB Rendah telah diadakan di Dewan Nikmat dan bagi PTB Kanan telah dilaksanakan di Mes Sjn, SSjn dan PW Penanjong Garison.

Bagi kenaikan pangkat PTB Kanan, seramai 08 anggota dinaikkan pangkat iaitu 01 anggota menerima pangkat ke pangkat Sarjan Tetap, 07 anggota menerima pangkat ke pangkat Pemangku Sarjan. Manakala bagi PTB Rendah, seramai 13 anggota menerima pangkat iaitu 01 anggota menerima pangkat ke pangkat Koperal tetap dan 07 anggota menerima pangkat ke pangkat Pemangku Koperal. 
Manakala 04 anggota dinaikkan ke pangkat Lans Koperal Tetap dan 03 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Lans Koperal.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada kedua majlis tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat bagi PTB Kanan dan PTB Rendah ialah Yang Mulia Kolonel Mohd Shafiee bin Hj Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB Rendah IL ABDB.
Dengan adanya upacara penyampaian pangkat tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan memberikan beberapa nasihat untuk menjadi anggota- anggota tentera yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa komited dalam apa jua tugasan yang diberikan.



Z4.jpeg
Z5.jpeg
Z6.jpeg