PENANJONG GARISON, ISNIN, 12 Nov 2018– Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 4 orang anggota Pegawai Waran dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Mess Pegawai Waran/Staf Sarjan & Sarjan, Penanjong Garison yang dipengerusikan oleh 13444 Pmk PW2 Pg Mohammad Alli Putera Perkasa bin Pg Dato Paduka Haji Hamzad dari Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan ABDB yang berkesudian menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota yang dinaikan pangkat. Turut menyaksikan upacara tersebut Pegawai-Pegawai Kanan Institut Latihan ABDB, Pegawai-Pegawai Institut Latihan ABDB, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan Institut Latihan ABDB.
Majlis Kenaikan Pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 12933 PW2 (U) Md Suni bin Hj Mahmud daripada Surau Penanjong Garison (JAMAAT) diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.
