PENANJONG GARISON, JUMAAT, 22 DISEMBER 2017 - Pagi ini, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah merayakan Majlis Kenaikkan Pangkat PTB-PTB Kanan bagi IL ABDB. Upacara Kenaikan Pangkat PTB-PTB Kanan IL ABDB dilaksanakan di Mes PW/SSjn & Sjn Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Komandan IL ABDB, Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh. Turut hadir Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, Timbalan Komandan IL ABDB, Yang Mulia Mejar Muhd Suradzin bin Hj Muhd Yusof, Pemangku Ketua Jurulatih IL ABDB, Pegawai-Pegawai IL ABDB, RSM, GSM, DSM dan PTB-PTB Kanan.
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 22 DISEMBER 2017 - Pagi ini, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah merayakan Majlis Kenaikkan Pangkat PTB-PTB Kanan bagi IL ABDB. Upacara Kenaikan Pangkat PTB-PTB Kanan IL ABDB dilaksanakan di Mes PW/SSjn & Sjn Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Komandan IL ABDB, Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh. Turut hadir Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, Timbalan Komandan IL ABDB, Yang Mulia Mejar Muhd Suradzin bin Hj Muhd Yusof, Pemangku Ketua Jurulatih IL ABDB, Pegawai-Pegawai IL ABDB, RSM, GSM, DSM dan PTB-PTB Kanan. Seramai 31 anggota PTB-PTB Kanan yang dinaikkan pangkat iaitu 01 anggota ke PW1 Tetap, 02 anggota ke Pmk PW1, 03 anggota ke PW2 Tetap, 05 anggota ke Pmk PW2, 08 anggota ke SSjn Tetap dan 12 anggota ke Pmk SSjn. Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat yang disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat dan diiringi oleh Yang Mulia RSM sebagai yang dipertua Mes PW/SSjn dan Sjn. Majlis diteruskan dengan bergambar ramai dan menikmati jamuan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Yang Mulia Tetamu Kehormat menandatangani lambaran kenangan.


