PENANJONG GARISON, Rabu, 23 Januari 2019 – Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 28 orang anggota terdiri daripada 07 anggota PTB-PTB Kanan dan 21 anggota PTB-PTB Rendah Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Hikmah, Penanjong Garison yang dipengerusikan oleh 16572 Pmk Sjn Harbey bin Awang Latip dari Markas Garison Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB yang berkesudian menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota yang dinaikan pangkat. Turut menyaksikan upacara tersebut Pegawai-Pegawai Kanan Institut Latihan ABDB, Pegawai-Pegawai Institut Latihan ABDB, Pegawai Waran, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Institut Latihan ABDB.
Majlis Kenaikan Pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 17816 Kpl Md Hadhri bin Ismail daripada Surau Penanjong Garison (JAMAAT) diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa kesyukuran.

ptb

ptb 2