PENANJONG GARISON, JUMAAT, 13 JULAI 2018.   Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah merayakan Majlis Kenaikan Pangkat PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah bagi IL ABDB. Upacara Kenaikan Pangkat PTB-PTB Kanan IL ABDB dan PTB-PTB Rendah IL ABDB dilaksanakan di Dewan Makan Nikmah Penanjong Garison.   Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof. Turut hadir Pegawai-Pegawai IL ABDB,
RSM, GSM, DSM, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah IL ABDB. 

Anggota-anggota yang dinaikkan pangkat adalah seramai 31 anggota. seorang daripada PTB Kanan iaitu ke Pmk Sjn. Manakala 30 anggota daripada PTB-PTB Rendah iaitu 19 anggota ke Kpl Tetap,  01 anggota ke Pmk Kpl, 11 anggota ke LKpl Tetap dan 01 anggota ke Pmk LKpl.   Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, bergambar ramai dan Yang Mulia Tetamu Kehormat menandatangani lambaran kenangan.