WhatsApp Image 2022-01-18 at 4.55.40 PM.jpeg

INSTITUT LATIHAN, PENANJONG GARISON, Isnin, 17 Januari 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 22 orang anggota Pegawai Waran dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) bertempat di Mess Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan, Penanjong Garison yang dipengerusikan oleh 13489 P/PW1 Hairol bin Abu Bakar dari Kompeni Pentadbir IL ABDB. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Komandan Institut Latihan ABDB, Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud. Turut menyaksikan majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pemerintah/Memerintah dan Pegawai Waran 1 IL ABDB. 
Majlis Kenaikan Pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Imam Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dan diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat.
Di kesempatan itu juga Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan sedikit ucapan dan kata-kata nasihat kepada yang dinaikan pangkat agar mempunyai sikap bertanggungjawab, ikhlas, jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikul demi kepentingan IL ABDB dan khususnya ABDB. Di samping itu juga, beliau mengingati anggota untuk sentiasa menjaga disiplin perseorangan agar tidak terlibat dalam melakukan kesalahan  yang boleh melanggar peraturan di dalam Akta Ketenteraan. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat Khusus Kenaikan Pangkat dan sesi bergambar ramai.
WhatsApp Image 2022-01-18 at 4.55.38 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-01-18 at 4.55.39 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-01-18 at 4.55.39 PM (1).jpeg