
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB. Turut hadir bagi majlis tersebut Pegawai-Pegawai Jemputan, Pegawai-Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan IL ABDB.
Seramai 04 anggota mantan yang diraikan. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh SSjn Fazli dan seterusnya penyampaian cenderahati kenangan kepada mantan-mantan PTB Kanan IL ABDB dan diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada Komandan, Pegawai- Pegawai Jemputan Sarjan Mejar Regimen IL ABDB, Yang Dipertua Mes, Pegawai-Pegawai Waran, PTB-PTB Kanan dan mantan-mantan IL ABDB yang diraikan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan menandatangani Lembaraan Kenangan.



