jasa mu 2.jpegPENANJONG GARISON, Selasa, 11 Ogos 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan majlis penghargaan bagi PTB- PTB Kanan IL ABDB yang telah bersara. Majlis tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

  Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB. Turut hadir bagi majlis tersebut Pegawai-Pegawai Jemputan, Pegawai-Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan IL ABDB.
Seramai 04 anggota mantan yang diraikan. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh SSjn Fazli dan seterusnya penyampaian cenderahati kenangan kepada mantan-mantan PTB Kanan IL ABDB dan diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada Komandan, Pegawai- Pegawai Jemputan Sarjan Mejar Regimen IL ABDB, Yang Dipertua Mes, Pegawai-Pegawai Waran, PTB-PTB Kanan dan mantan-mantan IL ABDB yang diraikan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan menandatangani Lembaraan Kenangan.
jasa mu.jpeg
jasa mu 4.jpeg
jasa mu 3.jpeg
jasa mu 1.jpeg