PENANJONG GARISON, Sabtu, 16 Februari 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sambutan Hari Puja Usia Yang Ke-45 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
 
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Duraman, Komandan IL ABDB. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan Rendah serta peserta kursus IL ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Ma’idah diikuti dengan sembahyang fardhu Maghrib, sembahyang sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin, Doa Khusus dan sembahyang fardhu Isya’ berjemaah.