Penanjong Garison, Khamis, 26 Julai 2018 – Seramai 200 Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah hadir bagi menyambut Hari Ulang Tahun Askar Wanita yang ke-37 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Pegawai Turus 1, Unit Perundangan Tentera, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan, Leftenan Kolonel Norsuriati binti Hj Sharbini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan Wanita, Pegawai-Pegawai dan Lain-lain Peringkat dari semua unit ABDB.
 Majlis diserikan dengan Ceramah Khas yang bertajuk Peranan Muslimah dalam Islam yang disampaikan oleh Ustazah Hjh Zunainah binti Hj Gunong, Pegawai Ugama Kanan, Ketua Bahagian Penyebaran Da’wah, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Selain itu, majlis juga diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Kapten Fahzilleana Emey binti Haji Ahmad Alisa Eswan, Pegawai Latihan Agama, Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT).
Pasukan Askar Wanita dengan rasminya ditubuhkan pada 29 Jun 1981. Pada masa kini, kekuatan anggotanya ialah seramai 36 orang Pegawai Kanan, 115 orang Pegawai dan 573 orang Lain-Lain Peringkat dari kesemua unit ABDB.