
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis tersebut adalah Leftenan Kolonel Haji Rony Zai Bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei dan antara yang hadir pegawai–pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota Penanjong Garison.
Majlis disegerakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti Sembahyang Sunnat Hajat serta diakhiri dengan Bacaan Doa Khusus yang dipimpin oleh 18032 Kpl Nazirul Bin Hj Asmat dari JAMA’AT IL ABDB.
Majlis Doa Kesyukuran ini adalah salah satu majlis yang disambut di semua surau dan masjid di seluruh negara sebagai tanda menjunjung kasih dan memohon bagi kesejahteraan dan keselamatan terhadap raja dan negara.


