1607 2.jpegPENANJONG GARISON, Selasa 14 Julai 2020 – Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74 tahun telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis tersebut adalah Leftenan Kolonel Haji Rony Zai Bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei dan antara yang hadir pegawai–pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota Penanjong Garison.
Majlis disegerakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti Sembahyang Sunnat Hajat serta diakhiri dengan Bacaan Doa Khusus yang dipimpin oleh 18032 Kpl Nazirul Bin Hj Asmat dari JAMA’AT IL ABDB.
Majlis Doa Kesyukuran ini adalah salah satu majlis yang disambut di semua surau dan masjid di seluruh negara sebagai tanda menjunjung kasih dan memohon bagi kesejahteraan dan keselamatan terhadap raja dan negara.

1607 ii.jpeg
1607 2.jpeg