
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli Timbalan Komandan IL ABDB, Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Mulia Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin,Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei, Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei, Pegawai-pegawai Kanan Jemputan, Pegawai-pegawai, Pegawai Waran, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah serta Anggota-anggota rekrut lelaki pengambilan 170 . Acara dimulakan dengan Solat Maghrib dan Solat Sunat Hajat Berjemaah diteruskan dengan Bacaan Surah Yassin serta Bacaan Doa Khusus dan Solat Fardhu Isya Berjemaah yang di kepalai oleh Yang Mulia Imam Muhammad Syazwan bin Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.

