
Hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Komandan IL ABDB, Leftenan Kolonel Aldi bin Hj Hassan, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Kawad dan Kompeni Sarjan Mejar unit-unit IL ABDB.
Majlis Doa Kesyukuran Khas sempena HUT ABDB ke 59 tahun dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Ya’asin dan Majlis Tahlil secara beramai-ramai. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran Khas bagi Hari Ulang Tahun ABDB ke 59 tahun yang dipimpin oleh anggota JAMA’AT IL ABDB, Kpl Mohamad Hadhri bin Ismail. Majlis serupa juga telah diadakan secara serentak di semua garison dan perkhemahan ABDB.
Tema Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB pada tahun ini ialah ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’.

