PENANJONG GARISON, SELASA, 30 JUN 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Curry Lunch sempena pertukaran keluar Pegawai-Pegawai Penanjong Garison yang telah diadakan di Mes Pegawai Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Yang Mulia Kolonel Mohammad Syafiee bin Hj Duraman, Komandan IL ABDB. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Penanjong Garison serta Guru-Guru dari Pusat Evolusi, IL ABDB.
Majlis Curry Lunch tersebut juga diselajurkan dengan acara memotong kek sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang Mulia Komandan IL ABDB ke-51 pada 30 Jun 2020.
Majlis tersebut diadakan bertujuan memberikan tanda penghargaan kepada Pegawai-pegawai yang diraikan di atas jasa, sumbangan dan kerjasama yang di berikan di dalam sama-sama menerajui tanggungjawab yang diamanahkan kepada Penanjong Garison khasnya dan ABDB am nya.