c1.jpgPENANJONG GARISON, Khamis, 21 April 2022  Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dengan Ceramah Khas di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison pada hari ini. Hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri TDDB, Pegawai-pegawai Kanan IL ABDB, Pegawai-pegawai dan warga Penanjong Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dipimpin oleh Yang Mulia 18973 Laskar Kanan Abd Azim bin Ahmad Fadzillah daripada Kompeni Rekrut IL ABDB diikuti dengan solat fardhu Zuhur berjemaah.

Majlis seterusnya diisikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badaruddin, Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Da’wah daripada Pusat Da’wah Islamiah bertajuk ‘Bertemankan Al-Quran Sepanjang Zaman’. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB diikuti dengan laungan Selawat Tafrijiyyah, Selawat Ibrahimiyah dan Selawat Ummiyyi beramai-ramai, dan diakhiri dengan doa penutup majlis.


c2.jpg

c3.jpg