
Hadir di majlis tersebut selaku tetamu kehormat adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah Penanjong Garison.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan ceramah khas bertajuk “Generasi Berilmu, Beramal dan Berakhlak Memacu Pembangunan Umat” yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustaz Hj Awang Naqib bin Hj Awang, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pusat Da’wah Islamiah.
Diantara intipati yang disampaikan pada ceramah tersebut termasuk kepentingan hijrah dari perspektif Islam dan peranan generasi belia dalam pembangunan Negara Brunei Darussalam melalui pendidikan yang tinggi berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala disamping mengekalkan akhlak-akhlak yang mulia dan terpuji.
Majlis juga telah dilaksanakan mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengawal penyebaran COVID-19.


