PENANJONG GARISON, Ahad, 19 Mei 2019 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Mantan-Mantan Komandan IL ABDB bagi Tahun 1440H / 2019M bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Majlis tersebut turut diisikan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil diikuti dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah. Hadir selaku jemputan khas pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mej Jen (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Negara Brunei Darussalam dan juga Jemputan-jemputan khas yang lain terdiri daripada mantan-mantan Komandan IL ABDB.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Mej Jen (B) Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin, Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Dato Paduka Kolonel (B) Hj Abdur Rahmani bin Dato Paduka Hj Basir dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mej Jen (B) Dato Seri Pahlawan Awg Hj Mohammad bin Hj Daud.
Majlis pada malam tersebut diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan jamuan makan malam yang dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua, para jemputan khas serta pegawai-pegawai IL ABDB. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan jemputan khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB. Acara dilanjutkan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Isya dan Terawih serta bertadarus di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Majlis pada malam tersebut merupakan salah satu acara yang telah disusun setiap tahun untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah institusi persahabatan mantan-mantan komandan serta menyemarakkan lagi suasana Bulan Ramadhan.


