
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Teknikal Darat, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu, Jurulatih-Jurulatih Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB dan Peserta Kursus PTB Kanan Kenderaan Sesi 2022.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan diteruskan dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia 15937 PW2 Mohd Ali Rahman bin Hj Maarub. Selepas itu, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menyempurnakan sesi menyiram kubur dan pengisian batu kecil di pusara Allahyarham. Majlis diakhiri dengan ucapan ringkas daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis.


