PENANJONG GARISON, ISNIN 20 JANUARI 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan sambil belajar dari penuntut-penuntut dari Sekolah Panaga, Seria, Daerah Belait.

Rombongan lawatan tersebut terdiri daripada 7 orang guru pengawas dan 47 orang penuntut. Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penerangan secara ringkas kepada penuntut-penuntut mengenai latihan-latihan ketenteraan yang dijalankan di IL ABDB.
Aktiviti lawatan telah dimulakan dengan sesi  taklimat mengenai Organisasi IL ABDB dan unit-unit utama ABDB. Selepas itu rombongan lawatan berkesempatan untuk menyaksikan pertunjukkan Kawad Senjata dan Kawad Kaki dari peserta kursus. Aktiviti lawatan diteruskan ke Pusat Simulasi Latihan dan  penuntut-penuntut berpeluang untuk melihat sendiri tatacara menembak menggunakan senjata-senjata yang terdapat di pusat simulasi tersebut. Lawatan telah diakhiri dengan melihat secara dekat latihan jasmani yang dilakukan oleh anggota Tentera dan menikmati jamuan ringan di Dewan Nikmat.

DSC_0033 (1).JPG

DSC_0037.JPG

DSC_0055.JPG

DSC_0050.JPG

DSC_0052 (2).JPG

DSC_0093.JPG

DSC_0104 (1).JPG

DSC_0081 (2).JPG