PENANJONG GARISON, SELASA, 01 MEI 2018. Rombongan Markas Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah membuat lawatan kerja ke Sekolah Pertukangan Tentera dan Pusat Evolusi. Rombongan diketua oleh Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan IL ABDB turut serta Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB. Disebelah pagi lawatan ke Sekolah Pertukangan Tentera dimulakan dengan Lawatan Ke bangunan Cawangan Latihan Memandu diikuti dengan taklimat yang diberikan oleh Pegawai Memerintah Sekolah Pertukangan Tentera setelah itu membuat lawatan ke bangunan-bangunan Sekolah Pertukangan Tentera.

Manakala disebelah petangnya pula Rombongan Markas IL ABDB membuat lawatan ke Pusat Evolusi. Lawatan dimulakan dengan Lawatan ke bangunan Pusat Evolusi dan diteruskan dengan taklimat yang diberikan oleh Pegawai Memerintah Pusat Evolusi.