Penanjong Garison, Khamis, 08 September 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengungkayahkan program lawatan bersempena cuti persekolahan penggal kedua yang disasarkan kepada anak-anak anggota tentera dan awam IL ABDB.

Seramai 59 anak-anak anggota tentera dan awam yang dalam lingkungan umur 03 tahun hingga ke 22 tahun beserta 2 orang penjaga telah mengikuti program pada hari tersebut.

Rombongan lawatan termasuklah Ahli Jawatan Kuasa yang terdiri dari seramai 02 orang Pegawai dan 10 Lain-Lain Peringkat.

Program Lawatan dimulakan dengan menikmati jamuan minum pagi bertempat di Dewan Gerak Badan Penanjong Garison dan diikuti dengan lawatan ke Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Bolkiah Garison. Lawatan kemudiannya diteruskan lagi dengan aktiviti menembak simulasi senjata M16A2 dan pertunjukkan simulasi latihan Meriam Katak di Pusat Latihan Simulasi (TSC), Penanjong Garison. Lawatan diakhiri dengan menikmati jamuan tengahari bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Program seumpamanya dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang anak-anak anggota tentera dan awam IL ABDB bersempena cuti penggal persekolahan. Ianya sekaligus diharapkan akan dapat memberikan sedikit-sebanyak pengetahuan mereka kepada sejarah ABDB, dan juga memupuk dan menyuntik minat serta semangat anak-anak untuk berjinak-jinak dengan kerjaya ABDB.

​​