PENANJONG GARISON, ISNIN 23 DISEMBER 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Aktiviti Lawatan Cuti Sekolah bagi Anak-anak Anggota Tentera dan Awam IL ABDB.

Rombongan lawatan tersebut terdiri daripada 02 orang Pegawai, 07 orang Ahli Jawatan Kuasa dan 14 orang anak-anak anggota tentera dan awam IL ABDB. Anak-anak anggota tentera dan awam IL ABDB tersebut berumur dalam lingkungan 05 tahun hingga 17 Tahun.
Rombongan lawatan telah bertolak ke Ladang Superb Agriculture Farm bertempat di Spg 1058, No9 Kampong Kiudang, Daerah Tutong. Di ladang tersebut, rombongan lawatan berkesempatan untuk melihat tanaman sayur-sayuran, belajar memetik dan memilih sayur yang sudah cukup masa untuk dipetik dan seterusnya berkesempatan untuk mempelajari cara permindahan tanaman semaian ke tempat batas penanaman untuk proses pertumbuhan selanjutnya.
Sejurus selepas itu, lawatan diteruskan ke
Ladang H.T.G Services SDN BHD bertempat di Lot P 18 Kawasan Kemajuan Pertanian Sinaut, Daerah Tutong. Di ladang tersebut, rombongan lawatan berkesempatan menyaksikan cara-cara membuat proses lakuman dan seterusnya diberikan peluang untuk membuat proses lakuman sendiri. Seterusnya, rombongan lawatan telah mecuba cara-cara proses pembiakan iaitu menggambil potongan dari pokok induk dan ditanam semula ke tanah dalam
potting bags. Lawatan diakhiri dengan menikmati jamuan Tengah hari di Jolibee, Tutong.