Penanjong Garison, 26hb Februari 2021 – Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB) telah mengadakan majlis Penyampaian Sijil bagi Kursus Asas Persediaan Kerani Siri 2/2020 (Kumpulan Pertama). Majlis tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat, PE IL ABDB, dengan dihadiri oleh ahli-ahli tetap PE IL ABDB, tenaga-tenaga pengajar serta peserta-peserta kursus.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah Yang Mulia Mejar Dayang Siti Nur’Afiqah binti Haji Awang Morsidi, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, Di dalam ucapannya, beliau telah menekankan kepada para peserta kursus supaya mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperolehi dalam melaksanakan tugas.bila kembali ke unit masing-masing.
Kursus Asas Persediaan Kerani Siri 2/2020 (Kumpulan Pertama) mengambil masa 07 minggu, bermula pada 08 Januari hingga 26 Februari 2021, telah dihadiri oleh 25 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang memegang jawatan Kerani. Kursus ini merupakan kursus mandatori bagi kerani-kerani ABDB dan menjadi syarat kemasukan bagi Kursus Asas Kerani.
Silibus bagi kursus ini adalah gabungan dua komponen iaitu komponen Bahasa Inggeris dan komponen Teknologi Maklumat, yang mana silibus bagi Kursus Asas Komputer dan Kursus Elementary English diserap dan disatukan dalam kursus ini. Ini juga bermakna anggota perjawatan Perkeranian tidak lagi perlu menghadiri Kursus Asas Komputer dan Kursus Elementary English, secara berasingan. Komponen Bahasa Inggeris lebih tertumpu kepada komunikasi asas dalam Bahasa Inggeris, manakala komponen Teknologi Maklumat tidak berubah.