PENANJONG GARISON, Khamis 10 Nov 2016. Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah menerima Kunjungan dari British Forces Brunei (BFB) yang diketuai oleh Kolonel Mike Page, Penasihat Pertahanan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai dengan kolaborasi dan mengembangluaskan skop latihan antara dua pihak, khususnya bersama 1st Royal Gurkha Rifle dan Jungle Warfare Division (JWD). Lawatan ini juga memberikan tumpuan kepada meningkatkan lagi kerjasama dalam pengendalian latihan ketenteraan dan juga bertukar pengetahuan serta perspektif dalam spektrum latihan.
Komandan IL ABDB juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada RGR diatas sumbangan dalam kerjasama yang diberikan dan ini akan dapat mengukuhkan lagi persahabatan khususnya kedua-dua Institusi.
Kunjungan tersebut diakhiri dengan Curry Lunch bertempat di Mess Pegawai Penanjong Garison. Turut hadir ialah seluruh Pegawai-Pegawai IL ABDB dan beberapa Pegawai-Pegawai Jemputan.
