PENANJONG GARISON, ISNIN 16 JAN 2017, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah menerima Kunjungan dari Kolonel Kamarudzaman Bin Mohd Thani, Penasihat Pertahanan Tentera Malaysia.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan bersama mengenai dengan kolaborasi latihan Misi Pengaman yang akan dilaksanakan di IL ABDB khususnya bagi penubuhan Tim Jurulatih ABDB Latihan Pengaman bersama Mobile Peacekeeping Center(MCP) Malaysia. Beliau juga berkesempatan untuk melawat ke Sekolah Infantri dan juga bangunan FIBUA.
Komandan IL ABDB juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Penasihat Pertahanan Tentera Malaysia diatas sumbangan dalam kerjasama yang diberikan.
Kunjungan tersebut diakhiri dengan jamuan tengahari bertempat di Mess Pegawai Penanjong Garison. Turut hadir ialah seluruh Pegawai-Pegawai IL ABDB dan beberapa Pegawai-Pegawai Jemputan.