
Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Mulia Leftenan Kolonel Dan Hauser merakamkan kegembiraan di atas hubungan pertahanan yang mesra dan akan terus berkerjasama diantara kedua belah negara.
Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak juga berkesempatan untuk membincangkan dan mengongsikan maklumat mengenai latihan asas ketenteraan dan pengendalian kursus serta aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada tahun ini termasuk Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) dan Expo serta Brunei International Skill at Arms Meet (BISAM).
