PENANJONG GARISON, Isnin, 31 Januari 2022 – Komandan Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud telah menerima Kunjungan Hormat daripada Wing Commander Mathew Charles Xerri, Penasihat Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam hari ini bertempat di Markas IL ABDB. Turut hadir adalah Pemangku Timbalan dan Ketua Inspektorat IL ABDB.
Semasa kunjungan tersebut, Komandan IL ABDB mengucapkan tahniah di atas perlantikan baru beliau sebagai Penasihat Pertahanan Australia sejak 30 November 2021. Komandan IL ABDB juga merakamkan ucapan penghargaan terhadap perkembangan hubungan pertahanan dan ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia. Beliau juga berharap agar hubungan dua hala terus berkembang pada tahun yang akan datang.
Kunjungan tersebut juga memberi peluang yang baik untuk meningkatkan hubungan dua hala melalui aktiviti yang dirancang untuk masa depan nanti sama ada dalam bentuk kursus, latihan serta Subject Matter Expert Exchange Program.


