PENANJONG GARISSON, Selasa, 26 Mac 2019 – Komandan Institut Latihan, Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman pagi ini menerima lawatan daripada oleh Atase Pertahanan Republik Cina, Senior Colonel Wu Geng di Mes Pegawai, Penanjong Garison.

Turut hadir ialah Ketua Jurulatih dan Pegawai- Pegawai Institut Latihan Institut Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Senior Colonel Wu Geng telah menyampaikan ucapan tahniah dan memberikan hadiah kepada Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman atas pelantikannya sebagai Komandan baharu Institut Latihan.  
Jenis interaksi ini telah meningkatkan kerjasama pertahanan dan saling persefahaman antara dua negara. Inisiatif masa depan untuk memperkukuh hubungan profesional antara mereka secara umum juga dibincangkan. 
Sesi lawatan ini kemudian diakhiri dengan menikmati jamuan dan bergambar ramai.
DSC_0077.JPG