PENANJONG GARISON, Rabu, 12 Disember 2018 – Komandan Institut Latihan, Yang Mulia Lt Kol Mohammad Shafiee bin Haji Duraman telah menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Jeneral Archimedes H Viaje, Dekan, Corps of Professors, Angkatan Bersenjata Diraja Filipina (AFP) pada petang ini di Bilik Mesyuarat Markas Institut Latihan. Semasa Kunjungan hormat, Komandan Institut Latihan mengalu- alukan kehadiran Brigedier Jeneral Archimedes H Viaje ke Negara Brunei Darussalam dan memberikan penghargaan diatas lawatan kerja ke Institut Latihan yang mana bertujuan untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan persefahaman antara dua negara serta menceburi pelbagai kolaborasi diantara IL ABDB dan AFP.
Inisiatif masa depan untuk memperkukuh hubungan professional diantara mereka secara umum juga dibincangkan. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.