
Semasa kunjungan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan dan dikongsikan diantaranya, status kesihatan pergigian anggota di Penanjong Garison serta perancangan pembaikan prasarana Khidmat Pergigian Penanjong Garison. Perancangan pembaikan prasarana tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam menyumbangkan khidmat bakti kepada ABDB.
Dalam kesempatan kunjungan tersebut, Ketua Pegawai Pergigian TDDB juga telah menyampaikan kepada Komandan IL ABDB iaitu satu naskah buku “Pelan Strategi” Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) 2022 serta buku ‘Surah Yasin’ terbitan khas Sempena Hari Ulang Tahun Jublie Emas Khidmat Pergigian TDDB pada tahun Jun 2022 yang baru lalu.