PENANJONG GARISON, Selasa, 07 Februari 2023 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) menerima kunjungan muhibah daripada Colonel Thongvanh Sengvongchith, Atase Pertahanan, Kedutaan Besar Republik Demokratik Rakyat Lao yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. Turut hadir adalah Timbalan Komandan dan Ejutan IL ABDB.
Semasa kunjungan tersebut, YM Komandan IL ABDB mengalu-alukan kunjungan Colonel Thongvanh Sengvongchith ke IL ABDB. YM Komandan IL ABDB juga mengambil kesempatan menyatakan ucapan tahniah sempena sambutan hari ulangtahun penubuhan Angkatan Tentera Rakyat Lao yang ke 74 tahun yang jatuh pada 20 Januari 2023.
Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak kemudian merakamkan rasa penghargaan di atas hubungan baik dan kerjasama yang sudah sekian lama terjalin di antara kedua angkatan tentera khususnya penglibatan Angkatan Tentera Rakyat Lao dalam mengikuti Kursus Bahasa Inggeris sejak tahun 2010 sehingga sekarang yang diadakan di Pusat Evolusi, IL ABDB.
Kedua-dua belah pihak juga mengambil peluang untuk berbincang mengenai interaksi dalam pelbagai bidang kerjasama antaralain termasuk kursus, pertukaran lawatan, pertukaran profesional dan latihan.
COMMANDANT OF TRAINING INSTITUTE RBAF RECEIVES CALL FROM THE NON-RESIDENT DEFENCE ATTACHÉ, EMBASSY OF LAO’S PEOPLE DEMOCRATIC REPUBLIC ACCREDITED TO BRUNEI DARUSSALAM
PENANJONG GARRISON, Tuesday, 07 February 2023 – Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), received a call from Colonel Thongvanh Sengvongchith, the Defence Attaché, Embassy of Lao’s People Democratic Republic accredited to Brunei Darussalam today. Also in attendance were Deputy Commandant and Adjutant of TI RBAF.
During the call, Commandant of TI RBAF welcomed Colonel Thongvanh Sengvongchith to TI RBAF. He also congratulated him on the occasion of the 74th Founding Anniversary of the Lao People’s Army which was celebrated recently on 20 January 2023.
Both sides then expressed their appreciation and pleasure on the existing bilateral relationship between the two military institutions particularly on the continuous participations of the Lao’s People Armed Forces attending the English Language Course since 2010 until now which is currently conducted by Evolution Centre of TI RBAF.
Both sides also took the opportunity to discuss on enhancing interactions in various areas of cooperation which amongst others include courses, exchange of visits, professional exchanges and trainings.
