101.jpgPenanjong Garison, Rabu, 20 Julai 2022 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima Kunjungan Muhibah daripada Senior Colonel Dai Qilin, Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam. Hadir bersama ialah Leftenan Kolonel Fan Xiawei, Penolong Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Komandan IL ABDB mengalu-alukan kehadiran Senior Colonel Dai Qilin ke IL ABDB dan turut menzahirkan ucapan tahniah diatas perlantikan beliau sebagai Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam bermula 25 Februari 2022 lalu.

Dalam kesempatan kunjungan tersebut, Senior Colonel Dai Qilin menekankan kepentingan dan peranan besar institusi latihan angkatan tentera seperti IL ABDB dalam melahirkan anggota tentera yang kompeten dan berkemahiran. Komandan IL ABDB menyampaikan penghargaan terhadap hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China yang bukan sahaja dari sudut ketenteraan bahkan juga dipelbagai bidang termasuklah perekonomian dan pembagunan nasional yang diharap akan terus maju dan berkembang di masa akan datang.

Komandan IL ABDB turut menzahirkan ucapan tahniah sempena Hari Ulang Tahun Penubuhan
Chinese People’s Liberation Army Ke-95 tahun yang akan disambut pada 1 Ogos 2022.

102.jpg

103.jpg