WhatsApp Image 2021-12-14 at 7.52.30 PM.jpegPENANJONG GARISON, Selasa, 14 Disember 2021 – Komandan Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud telah menerima Kunjungan Hormat daripada mantan Atase Pertahanan Republik Indonesia, Kolonel Zaenal Ariffin yang menamatkan perkhidmatan serta Atase Pertahanan Republik Indonesia yang baharu iaitu Kolonel Doddy Suhadiman bertempat di Markas IL ABDB.

Semasa perjumpaan tersebut, Komandan IL ABDB merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih di atas segala sumbangan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Kolonel Zaenal sepanjang bertugas sebagai Atase Pertahanan di Negara Brunei Darussalam. Beliau juga berharap semoga sokongan, bimbingan, panduan dan kerjasama yang diberikan dapat diteruskan kepada Atase Pertahanan yang baharu. 
Perjumpaan tersebut diteruskan dengan pengenalan diri secara ringkas dari Kolonel Doddy. Komandan IL ABDB menyatakan harapan beliau untuk saling bekerjasama dengan Kolonel Doddy dalam mempertingkatkan hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia pada masa akan datang. Kunjungan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai. 
WhatsApp Image 2021-12-14 at 7.50.41 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-12-14 at 7.50.40 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-12-14 at 7.50.39 PM.jpeg