Brunei-Muara dan Tutong, Jumaat, 08 Mac 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengendalikan Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan Anggota-Anggota IL ABDB yang telah kembali kerahmatullah sempena Sambutan Jubli Emas penubuhan IL ABDB.
 
Kempen tersebut telah dilaksanakan oleh seramai 108 anggota daripada sub-sub unit IL ABDB di tanah perkuburan di Daerah Brunei Muara dan beberapa tanah perkuburan di Daerah Tutong. Kompeni Rekrut di Tanah Perkuburan Limau Manis, Sekolah Infantri di Tanah Perkuburan Pulaie, Pusat Evolusi dan Sekolah Pertukangan Tentera di Tanah Perkuburan Bukit Bendera dan Kompeni Pentadbir di Tanah Perkuburan Kampong Sinaut.
 
Kempen tersebut dimulakan dengan membersihkan tanah perkuburan secara bergotong-royong disusuli dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah.
 
Aktiviti kemasyarakatan dan berkebajikan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pembangunan kerohanian anggota-anggota IL ABDB dan sekaligus mengeratkan lagi talian silaturahim dalam kalangan anggota IL ABDB dengan masyarakat umumnya. Ia juga bertujuan untuk memupuk usaha dan kerjasama anggota-anggota IL ABDB untuk sentiasa berbakti serta memberikan sumbangan kebajikan yang bermanfaat kepada masyarakat. Disamping itu, kempen tersebut diadakan bertujuan untuk mengenang jasa bakti Allahyarham anggota-anggota yang pernah menyumbangkan bakti dan berkhidmat di IL ABDB.
 
CLEANING CAMPAIGN HELD AT MUSLIM CEMETARY IN CONJUNCTION WITH TI RBAF GOLDEN JUBILEE
 
Brunei-Muara and Tutong, Friday, 08 March 2019 – The Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held a cleaning campaign at four different cemeteries of former TI RBAF personnel in conjunction with its Golden Jubilee celebrations.
 
The campaign was attended by 108 personnel from each sub-units in areas within both Brunei-Muara district as well as the Tutong district. This included Recruit Company at the Limau Manis Cemetery, School of Infantry at the Pulaie Cemetery, Evolution Centre and School of Military Trade at Bukit Bendera Cemetery as well as Admin Company at the Sinaut Cemetery.
 
The campaign began with the cleaning of the area and was followed by the recitation of Surah Yasin, Tahlil and Doa Arwah.
 
Community-building activities such as this campaign is largely held in an effort to strengthen ties amongst TI RBAF and local community, as well as to enhance spiritual development. It is also conducted in order to further cultivate cooperation between TI RBAF personnel to always serve and give back for the benefit of the community. At the same time, the campaign is also organized in remembrance and appreciation of the services and dedication of the late TI RBAF personnels.