TUTONG, Selasa, 14 Disember 2021 – Sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mengadakan aktiviti Kempen Membersihkan pada hari ini yang bertempat di Masjid Kampong Danau di Daerah Tutong. Kempen kebersihan tersebut telah dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Seramai 15 anggota IL ABDB telah menyumbangkan tenaga bagi menjayakan kempen tersebut. Turut hadir sama dalam kempen kebersihan tersebut ialah Imam Masjid Kampong Danau dan ahli-ahli jawatankuasa Masjid Kampong Danau.
Kempen membersihkan masjid ini adalah sebagai salah satu program khidmat masyarakat dalam usaha untuk membersihkan dan memperbaiki penampilan bukan sahaja di dalam masjid tetapi juga di persekitaran masjid sekali gus mempromosikan kebersihan sesuai dengan protokol kebersihan mengikut prosedur pengawalan penyakit berjangkit COVID-19 pada masa ini.




