derma1.jpgPENANJONG GARISON, Khamis, 15 Jun 2023 –
Kempen Derma Darah peringkat Penanjong Garison dan Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-62, dengan kerjasama Tabung Darah Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) telah dianjurkan pada pagi hari ini ini di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Seramai 100 anggota tentera yang terdiri daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Rejimen Pasukan Khas, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Batalion Bantu TDDB dan Sekolah Infantri TDDB telah menyertai kempen tersebut.

Kempen Derma Darah ini bertujuan untuk memberi perhatian dan sokongan ABDB terhadap masyarakat melalui derma darah yang diberikan kepada simpanan tabung darah negara selain memupuk sikap amal dan tanggungjawab sosial di kalangan anggota tentera ABDB dan Kementerian Pertahanan. Kempen ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menyumbang darah kepada Pusat Derma Darah untuk disalurkan kepada yang memerlukan.

BLOOD DONATION CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 62ND
 ANNIVERSARY

PENANJONG GARRISON, Thursday, 15 June 2023 – Blood Donation Campaign for Penanjong Garrison and Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) was held today in conjunction with Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 62nd Anniversary. The campaign took place at
Dewan Nikmat, Penanjong Garrison collaborated with the Blood Bank of Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) Hospital, Ministry of Health.

A total of 100 military personnel from Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Special Forces Regiment, 2Bn RBLF, Support Battalion RBLF and School of Infantry RBLF participated in the campaign.

This Blood Donation Campaign aims to provide care and support of RBAF towards the community through blood donations given to the national blood bank reserve aside from cultivating a charitable attitude and a sense of social responsibility amongst the military and civilian personnel of RBAF and Ministry of Defence. Consequently the campaign also aims to raise community awareness regarding blood contribution in assisting Blood Donation Centre to supplement blood for those in need.

derma2.jpg

derma3.jpg 

derma4.jpg