BOLKIAH GARISON, Rabu 16 November 2016 –  Kejohanan Sepak Takraw Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi 2016/2017 telah berlangsung petang ini di Komplek Sukan Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison. Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mendapat kedudukan Naib Johan dalam perlawanan akhir Kategori Kumpulan dengan keputusan 2-0. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

Dalam perlawanan Kategori Antara Regu Sepak Takraw yang telah dipertandingkan pada 14 November 2016, Pasukan daripada IL ABDB memperolehi tempat ketiga, johan disandang oleh pasukan TLDB dan naib johan adalah dari pasukan TDDB.
Hadir untuk menyampaikan piala kejohanan dan hadiah ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB. Pada tahun ini Kejohanan Sepak Takraw disertai oleh 5 pasukan terdiri daripada TDDB, TLDB, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), IL ABDB dan Kementerian Pertahanan. dalam perlawanan tersebut kelima-lima pasukan telah menunjukkan perlawanan yang hebat.

IMG 20161116 WA0003

IMG 20161116 WA0005