Hutan Simpan Berakas, Khamis, 25 Oktober 2018 – Kejohanan Rentas Desa Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi Tahun 2018/2019.Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pg Haji Mahmud, Pemerintah ABDB juga turut serta dalam acara larian Fun Run sejauh 3km bersama Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Komandan dan Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota ABDB.
Kejohanan ini disertai oleh Pasukan daripada unit-unit ABDB iaitu Pasukan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pasukan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Pasukan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Pasukan Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan Pasukan Rejimen Pasukan Khas (RPK).
Pemenang bagi acara berpasukan dijuarai oleh Pasukan RPK, diikuti Pasukan TDDB ditempat Kedua dan Pasukan KEMENTAH ditempat Ketiga.
Kejohanan ini juga mempertandingkan kategori Terbuka berumur 30 tahun ke bawah, Terbuka berumur 30 hingga 39 tahun dan Terbuka berumur 40 tahun ke atas yang mana kesemua kategori telah membuat larian sejauh 10.6 km. Kategori berumur 40 tahun ke atas telah dijuarai oleh 707 Mejar Hafidz Naquiyudden daripada Pasukan IL ABDB.
