BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Ogos 2018 - Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke 57 tahun, Jawatankuasa Kemasyarakatan Hari Ulang Tahun ABDB ke 57 tahun telah mengadakan Jerayawara Kerjaya bertempat di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin Bandar Seri Begawan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Ogos 2018 - Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke 57 tahun, Jawatankuasa Kemasyarakatan Hari Ulang Tahun ABDB ke 57 tahun telah mengadakan Jerayawara Kerjaya bertempat di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin Bandar Seri Begawan.Institut Latihan ABDB juga turut serta memberikan taklimat mengenai latihan rekrut yang dikendalikan di Institut Latihan ABDB. Taklimat tersebut di sampaikan 726 Mejar Shahrul Amirul Iqbal bin Haji Sharbini, Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut Institut Latihan ABDB. Taklimat tersebut disampaikan kepada penuntut Kemuda Institut, Pra- U dan juga penuntut tahun 9 – 12 yang akan menduduki ujian ‘A’ dan ‘O’ level.
Taklimat ini bertujuan untuk menarik minat pada para penuntut untuk menceburi bidang di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Taklimat tersebut juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para penuntut mengenai persiapan dan pengetahuan mengenai modul dan latihan asas tentera yang dikendalikan oleh Kompeni Rekrut Institut Latihan ABDB.