RIADAH BERBASIKAL 2.jpgBANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 1 Mac 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli bagi menyertai acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020 bersama ahli-ahli Kerabat Diraja bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Seramai 72 anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) turut ikut serta dalam acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36.
Acara riadah Bandarku Ceria telah dimulakan dengan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat dengan tazkirah yang bertajuk ‘Jadilah hamba yang bersyukur bersempena dengan Hari Kemerdekaan’ yang telah disampaikan oleh Dr Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah dari Pusat Dakwah Islamiah.
Peserta riadah berbasikal mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 11.5 kilometer dan melalui beberapa jalan utama dan bangunan bersejarah di Bandar Seri Begawan.
RIADAH BERBASIKAL.jpg
RIADAH BERBASIKAL 2.jpg
RIADAH BERBASIKAL 3.jpg