
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan seluruh warga IL ABDB.
Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB dimulakan dengan Majlis Doa Kesyukuran yang diadakan bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison yang mana bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran telah dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).
Sejurus selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Perutusan oleh YM Komandan IL ABDB yang disaksikan oleh seluruh anggota warga IL ABDB bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison. Dalam ucapan perutusannya antara lain YM Komandan IL ABDB menyentuh mengenai beberapa perkara-perkara melibatkan Hala Tuju IL ABDB dan juga perihal disiplin anggota. Mengenai dengan Hala Tuju IL ABDB, YM Komandan IL ABDB memaklumkan perancangan IL ABDB dalam mengeluarkan dokumen BLUEPRINT Institut Latihan ABDB yang bertemakan “Sumbangan Institusi Kepada Keupayaan Pertahanan” yang mana ianya dihasratkan akan dapat memberikan gambaran menyeluruh jangka panjang kepada hala tuju institusi bagi perkembangan keperluan keselamatan (security demand) dan juga turut menggariskan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan termasuk keupayaan dan prasarana agar IL ABDB berkemampuan dan mapan dalam menghulurkan sumbangan kepada keupayaan operasi ABDB dan Pertahanan Negara.
Di samping itu, YM Komandan IL ABDB juga terus mengingatkan dan menekankan berkenaan beberapa kejadian pelanggaran disiplin yang melibatkan anggota IL ABDB yang mana antara lain merangkumi kesalahan-kesalahan tentera, pelanggaran undang-undang sivil dan syariah, loan shark, penyalahgunaan dadah, gangguan seksual (sexual harassment) di tempat kerja, penyalahgunaan kuasa, kelakuan yang mengaibkan, membawa masuk atau membantu membawa masuk barang-barang tegahan (contraband) dan sebagainya. Dalam usaha memperkasakan IL ABDB, beliau sekali lagi mengulangi nasihat dan menekankan untuk seluruh lapisan peringkat IL ABDB untuk menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara pelanggaran disiplin dengan segera dan sama-sama bertanggungjawab dan berperanan untuk memberikan nasihat dan bimbingan kepada anggota-anggota yang dilihat mempunyai unsur-unsur pelanggaran disiplin.
Pada tahun ini, Majlis Sambutan HUT IL ABDB juga diselajurkan dengan Majlis Penganugerahan Penuntut Cemerlang. Anugerah Penuntut Cemerlang ini adalah khusus bagi setiap warga IL ABDB yang telah menghadiri kursus di antara bulan Apr 2022 hingga Apr 2023 dan telah mendapat kepujian Penuntut Terbaik Keseluruhan. Ini merupakan salah satu inisiatif IL ABDB bagi menaikkan semangat dan moral setiap warga IL ABDB dan sebagai tanda penghargaan kepada setiap anggota yang pernah mengharumkan unit IL ABDB. Penyampaian sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh YM Komandan IL ABDB dan seramai 12 anggota IL ABDB termasuk pegawai telah menerima penghargaan ini.
Sebelum bersurai, majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Mulia Imam Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES MARKS 54TH ANNIVERSARY
PENANJONG GARRISON, Friday, 07 April 2023 – The Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) celebrated its 54th Anniversary today with several events held at Penanjong Garison.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of TI RBAF. Also present at the ceremony were Senior Officers, Officers and all personnel of TI RBAF.
The celebration began with the recitation of Surah Yaasin, Tahlil and Doa Kesyukuran which was held at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison and led by Yang Mulia by 50603 LKpl Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi from RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).
Following the completion of the Doa Kesyukuran event, the ceremony then proceeded to Dewan Nikmat, Penanjong Garrison. Commandant of TI RBAF delivered his speech in conjunction with 54th Anniversary of TI RBAF which was witnessed by all TI RBAF personnel. The Commandant of TI RBAF in his speech among others highlighted on matters regarding way forward of TI RBAF and the discipline of the personnel. On way forward of TI RBAF, the Commandant of TI RBAF announced on the plan to publish the BLUEPRINT of Training Institute RBAF with the theme of Institution’s Contribution towards Defence Capabilities which is intended to provide a comprehensive long-term overview of the institution’s direction for the development of security demand as well as outlines the subjects that need to be implemented including capabilities and infrastructure thus making TI RBAF to be competent and sustainable in contributing towards RBAF’s operational capabilities and National Defence.
The Commandant also continued to remind and emphasise on several incidents of disciplinary violations involving TI RBAF personnel which among others include military offenses, violations of civil and syariah law, loan shark, drug abuse, sexual harassment at work, abuse of power, shameful behaviour, bringing in or assisting to bring in contraband and so on. In efforts to further strengthen TI RBAF, he once again reiterated the advice and reminded all levels of TI RBAF to refrain from committing disciplinary violations and be equally responsible and play a role in giving advice and guidance to personnel who can be seen suspicious of disciplinary violations.
This year, the anniversary celebration of TI RBAF also witnessing an award presentation event which is rewarded to TI RBAF personnel who have achieved outstanding results in their respective courses attended between April 2022 to April 2023. This is one of the TI RBAF’s initiatives to raise the spirit and morale of every personnel and also as a token of appreciation. Presentation of certificates and tokens of appreciation was handed over by Yang Mulia Commandant of TI RBAF to a total of 12 TI RBAF personnel including officers.
The celebration Concluded with the recitation of Doa Selamat, Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam which was led by 50603 LKpl Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi from RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).












